19 September 2011

Aidilfitri 2011/1432

Agak terlalu lewat bagi aku untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Tak pasti apa yang menunding diri.

Hidup berjalan, wang berputar, yang pasti tiada tuan yang meminta kembali.

Hiatus sebentar, nikmat bising, rahmat sunyi. Bandar kecil Tanta; Kota Besar Kaherah.

Masing-masing punya identiti. Keretapi sejuk berkelas pertama, tertangguh hampir sejam lamanya.

Aku akan pulang kembali ke sana, menanti kawan sahabat lama.

Mencari jatidiri stamina bersama, berpusing berlari berkisar suasana.

Moga tak terlena dalam bising itu. Moga bersama dapat beraya. Salam Aidilfitri buat semua.



credit gambar kepada : ibnuhassan

02 August 2011

Ramadhan Live for Masjidil Haram

...

Saat paling indah. Berpuasa di bumi ALLAH, di bumi yang menjanjikan nikmat dunia dan nikmat akhirat terutamanya. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan kita.

Rindu Makkah terubat, dapat melihat, mendengar dan cuba merasai rintihan jerih dalam beribadat. Walau pun jauh beribu batu, tetapi dekat juga di hati untuk mereka yang senantiasa merindui tanah Makkah.

Sila terus layari ke halaman Youtube untuk menyaksikan secara lansung daripada Masjidil Haram. Sesuatu yang amat membanggakan.





image flickr credit : ibnuhassan

17 June 2011

Axel Download Accelerator for Windows

Recently I noticed that some blogger are making entry about this tools. So I decided to give a shot. But really sadly, I can’t managed to get any download file using this tools. For you information, Axel is like other download accelerator available on market, but it’s tailored for Linux user. This tools has been compile geniusly to make it run smooth on Windows.

However, my first time try did not success. So, later than I kept my screenshot here for further of you can make some troubleshooting for me.

axel error

Server unsupported, starting from scratch with one connection. Error opening local file. When download started, it just finished with 0% and did not successful.

Please, do enlighten me. Please give me some hint. Really curios to see Axel working like charm. No money to buy popular premium Internet Download Manager software.

via : http://c0rni3sm.blogspot.com/2011/06/axel-accelarator-for-windows.html Thumbs up

credit: ghauntley and ~n2j3 for the awesome ideas on Axel for Windows.

30 May 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Ini adalah entri dedakasi sebagai syarat untuk aku menyertai Blogger Utagha. Aku ingat pakai open invatation ja. Rupanya ada lagi syarat dan terma yang lain. Apa-apa pun, menulis banyak kecil mata mahu membaca.

Aku berasal dari Kedah. Kira-kira 37km dari pusat bandar negeri Kedah Darul Aman, iaitu Alor Setar. Merupakan anak jati Kedah, dan sememangnya rindukan Kedah.


Sekarang menuntut di luar negara. Jadi tak dapat nak balik atau singgah pekan Alor Setar ataupun Pekan Rabu.
Blogging sebagai hobi, tetapi kenapa tidak mencuba sesuatu yang baru. Tengok pada bahagian Profile untuk maklumat lanjut. Sebarang cadangan boleh tinggalkan komen atau terus ke bahagian Contact.

GaDiS KaMPuNg SePaRa BaNDaR: KAMI BLOGGER UTAGHA

23 May 2011

Mozilla Labs: Prospector - LessChrome HD

Salamualaik,

Kembali seketika untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Blog ini masa pertama kali di-setup begitu bersemangat aku untuk tarik Adsense dan iklan dari luar. Tapi setelah beberapa tahun mencuba pengiklanan berasaskan blog, aku rasa mungkin sampai masa aku berselang-seli dalam bahasa rasmi penulis bagi blog ini.

Bila guna add-on ni. Hanya setengah inch perbezaan dapat memberikan anda satu kepuasan yang berbeza. Silalah mencuba.

lesschromeHD1

hover mouse ke atas tab akan menyerlahkan address bar anda.

lesschromeHD2

bila address bar tidak digunakan ia akan sembunyi secara automatik.